Ingin sangat memberitahu satu dunia yang kaum seperti ( pengkids ) bukan lah sejahat dan sesat seperti yang di cakap di pihak umum . Pernah kah korang tanya mengapa diorang di lahirkan sebagai hawa bila dewasa berperangai macam adam bepasangan sesama hawa ?? Bila mereka meluah pernah kah korang memahami kesakitan yang dialami diaorang ?? Kenapa kaum seperti ini harus dikecam dan dikeji sedang kan mereka juga mempunyai hati ?? Tidak mengapa kalau kamu orang tidak mahu hormat diorang seperti perempuan tapi hormat dan hargai lah diorang seperti manusia yang bermaruah jangan pulak kamu membuat kemarahan mereka semakin membara sedangkan kamu semua tahu diorang perlukan bimbingan . Kalau ditanya satu persatu antara kami sebabnya kami begini mungkin sebab kami hampir sama cuma latar berlakang yang membezakan semua .
Diantaranya : ( dari seseorang )
Halo ( lau dilihat dari luaran memang dia ni seorang yang sangat nakal dan ceria seperti hidup dia tidak pernah mengalami kesakitan bila mengetahui latar belakang dia ........... begitu lah seperti yang tidak kita jangkakan )
Dulu memang ya saya pernah bercinta dengan lelaki tapi saya boleh dikatakan FOBIA dengan lelaki .. Yeala . sekarangkan banyak sangat kes cerai , kes penderaan rumah tangga , kes rogol , kes teman wanita kena jual teman leman lelaki dia sendiri .. Dulu bercinta dengan lelaki banyak sangat yg mahu ambik kesempatan mugkin dia ingat saya ni tidak bersekolah kali ? . Keluarga saya pulak sudah cukup sangat buat saya FOBIA . Tiap2 hari saya terpaksa lihat ibu saya kena belasah terok dengan ayah saya , nak dikatakan ayah saya ni peminum , ayah saya tidak minum apatah lagi kalau merokok tapi perempuan memang dia no.1 lah tiada tandingan . Pernah dulu dia bawa perempuan balik rumah , ibu merayu sangat mintak ayah suruh bawa perempuan tu keluar dari rumah tapi ayah tidak endahkan terus ibu ugut mahu bunuh diri daripada terpaksa membiarkan perempuan tu jejak kaki ke rumah kami . Time tu saya di bilik saya macam biasalah kalau diorang bergaduh memang saya akan terperuk di dalam bilik saja coz ayah pernah warning jangan jadi anak kurang ajar masuk campur dengan urusan orang tua . Masa tu ayah memang melampau sangat jadi saya terpaksa lah masuk campur , mahu tidak mahu saya terpaksa heret perempuan tu keluar rumah berjaya lah jugak usir perempuan tu then tiba2 n free2 kena penampar dengan ayah . Ayah cakap saya anak sial anak kurang ajar dia tidak pernah ada anak macam saya dia tidak mengaku yang saya ni anak dia , saya feeling lah siapa juga tidak menanggis kalau kena cakap parent sendiri macam tu kan ?? .. Tapi sekarang my Mum pun bebas dari ayah diorang sudah bercerai dan saya pulak tinggal dengan teman wanita saya , hidup saya kini semakin bahagia di samping dia my mum pun restu hubungan kami . Perempuan boleh berjaya tanpa lelaki tapi tidak tanpa usaha =) .
Hanya satu sahaja beta dapat bagi contoh mengapa diorang lebih memilih jalan yang begini .


0 comments:
Post a Comment